top of page

PONDOK ONLINE

Aktiviti dakwah dan tarbiyyah, bertempat di Jitra, Kedah dan beroperasi di seluruh negara secara media sosial.

KELAS QURAN INTERGRASI

​Pengenalan Kepada Program Pendidikan Quran Secara Integrasi

​

Program Pendidikan Quran Secara Integrasi menawarkan kelas Quran secara bersepadu, iaitu memberi fokus kepada mengikuti kelas tafsir Quran, memahami makna Quran per kata, tahsin atau meningkatkan kualiti pembacaan Quran melalui pendidikan makhraj dan tajwid, juga latihan hafazan beserta makna. Oleh kerana pembelajaran tersebar dalam empat dimensi, Quran Integrasi menumpukan fokus mengikut surah. Fokus diberi kepada bacaan dalam solat serta surah terpilih. Program bermula dengan pendaftaran pelajar serta kelas-kelas pengenalan. Kemudian pelajar adakn mendapt kelas lanjutan yang akan dijalankan mengikut jadual mingguan. Kelas boleh dijalankan secara bersemuka di mana boleh, tetapi lebih tertumpu kepada kelas online.

​

Kelas Tafsir Quran

​

Kelas tafsir Quran boleh diikuti mengikut jadual sendiri dari rakaman kelas di Telegram, yang telah sedia dirakam oleh Tuan Guru Abdul Hadi Yaacob. Kuliah selama 250 jam meliputi tafsir seluruh Quran. Pelajar hanya diminta untuk mengikuti 10 jam awal kuliah pengenalan dan 1 jam kuliah berkaitan surah yang dipelajari sahaja. Walau bagaimana pun, pelajar digalakkan untuk mengikuti sendiri seluruh program secara mendengar rakaman, atau bertalaqqi di pondok berkaitan selama 50 hari dalam tempoh Syaaban sehingga 20 ramadhan pada mana mana tahun.

​
Kelas Faham Makna per kata

​

Pelajar mendaftar dan mengikuti kelals pengenalan kepada kaedah. Seterusnya pelajar mendaftar ke kelas mingguan mengikut surah. Kelas asas adalah makna bacaan dalam solat serta surah al mulk. Kelas lanjutan adalah kelas bagi surah Kahfi 10 ayat awal dan 10 ayat akhir, Ali Imran 190- 200, Yaasin, Sajdah dan al Insan, serta Juzuk 30.
​

Tahsin Quran

​

Tahsin al QUran dijalankan secara sesi perseorangan. Guru akan mengenal pasti pelajar yang memerlukan sesi tahsin Quran dan mencadangkan kepada pelajar untuk menempah sesi peribadi tahsin.

​
Hafazan Beserta Makna

​

Program hafazan adalah program tambahan bagi pelajar yang telah menguasai tafsir, makna perk kata, serta telah mempunyai kemahiran bacaan yang mantap. Pelajar menghafal sendiri. Semakan progres hafazan dilakukan di dalam kelas faham makna per kata. Ramai dari pelajar mendapati bahawa  proses mengahafal makna boleh membawa kepada hafazan dengan hanya sedikit usaha tambahan. Maka  guru akan menggalakkan pelajar sekaligus menghafal semasa mereka mengusahakan menghafal makna per kata bagi mana-mana surah.

PICTURE KELAS QURAN INTEGRASI.png

FAHAM QURAN KAEDAH HAFAL KATA

Pengajar: Ustazah Dr Nadiyah Elias, PhD,

                 Pengarah Eksekutif

                 Yayasan Nusrah

Tempoh: 1.5 jam

Yuran: RM50.00

 (subsidi disediakan untuk yang memerlukan)

Tarikh Online: Anda akan dihubungi untuk tarikh yang sesuai setelah pendaftaran diterima.

BENGKEL CERIA KE SYURGA

Pengajar: Ustazah Dr Nadiyah Elias, PhD, 

                 Pengarah Eksekutif

                 Yayasan Nusrah

Tarikh: Sabtu pertama setiap bulan

Tempoh: 9:00 am - 12:30 pm

Yuran: RM100.00

 (subsidi disediakan untuk yang memerlukan)

​

Bengkel ini akan membimbing....Baca lagi

​

Wedding Bouquet_edited.jpg
bottom of page