

KENALI KAUNSELOR ANDA
Pengumuman bahawa klinik Kaunseling Islam bawah naungan Yayasan Nusrah dibuka secara bersemuka dan online.
Kaunselor sepenuh masa adalah Dr Nadiyah Elias dan Ustazah Adilah Mohd Zain.
Tiga lagi kaunselor lain secara part time adalah:
Dr. Mazita Ahmad
Dr. Ustazah Norazlina Zakaria
dan Bakal Dr Nurhikmah Mubarak Ali.
Hubungi admin klinik ini dan admin Yayasan Nusrah, Pn Munsifah.
Profil Kaunselor
DR NADIYAH ELIAS, PHD
Dr Nadiyah Elias adalah seorang Kaunselor Profesional Berdafter dan pakar Kaunseling dan Psikologi Islam, meliputi bidang Terapi Tingkahlaku Kognitif Islam, pendidikan Al Quran, dakwah psikologi, dan terapi perkahwinan dan famili. Beliau mempunyai BA Hons in Psychology dengan minor dalam Mathematics dari California State University, Fresno, Masters in Counseling Psychology dari University of Southern Mississippi, dan juga Ph.D. in Counseling Psychology dari Universiti Utara Malaysia (UUM). Jawatan terkahir beliau sebelum bersara dari UUM pada tahun 2019 adalah sebagai Profesor Madya di Department of Psychology & Social Work, School of Social Development, College of Arts and Sciences, Universiti Utara Malaysia.
Kini Dr Nadiyah meneruskan khidmat beliau di bawah naungan Yayasan Nusrah sebagai Ketua Pegawai Eksekutif menjalankan aktiviti-aktiviti dakwah dan tarbiyyah di Jitra, Kedah dan Lembah Klang, serta beroperasi di seluruh negara secara media sosial. Dr Nadiyah juga memegang tauliah di dalam pendidkan Al-Quran dan Pengetahuan Islam dari Jabatan Agama Islam Negeri Kedah.
PN ADILAH MOHD ZAIN
Pn Adilah Mohd Zain memegang Ijazah Sarjana Sains Bimbingan dan Kaunseling dari Universiti Putra Malaysia. Beliau mengendalikan sesi kaunseling secara online, melalui panggilan telefon dan juga bersemuka di daerah Tumpat, Pasir Mas dan Kota Bharu, Kelantan. Pn Adilah menerima client dari pelbagai bentuk masalah, daripada kerisauan (anxiety), kemurungan, masalah perkahwinan, hubungan ibu anak, krisis identiti, trauma dan sebagainya. Dalam sesi kaunseling yang beliau kendalikan, Pn Adilah menggunakan pendekatan person-centered yang disesuaikan dengan pendekatan Islam.
Dengan tauliah di dalam pendidikan Al-Quran dan Pengetahuan Islam dari Jabatan Agama Islam Negeri Kedag, Pn Adilah juga adalah seorang guru Quran sepenuh masa yang menjalankan kelas-kelas pengajian secara online dan juga bersemuka.
