top of page
Search

MENGINGATI MATI

Updated: Oct 19

Ada orang pilih topik hantu, ada pilih topik kewangan.

Antara topik yang saya pilih untuk sembang adalah zikrulmaut, yang bermaksud mengingati mati.


Anak saya dan murid saya memberitahu bahawa mereka tidak selesa dengan topik ini. Kata mereka, "It's so depressing!"


Sheikh Nuruddin Banjari pernah berkata; "zikrul maut itu bukan hanya sebut mati, mati begitu saja". Yang saya fahami, mengingati mati bukanlah bersedih dan menyesali bahawa kita akan mati. Mengingati mati bermakna membuat persediaan kehidupan sekarang, untuk sesuai menghadapi kehidupan selepas kematian. Jadi, apa yang menyedihkan jika mempunyai pandangan hidup sebegitu? Bahkan mengingati bahawa kita akan mati amat melegakan dan membantu apabila menghadapi cabaran hidup.


Rumah tidak selesa? Sebenarnya sekejap saja kita akan hidup di rumah kita. Macam singgah di homestay, kalau tak best - esok lusa kita akan kembali lah ke rumah dan tilam kita yang best tu.


Pasangan tidak serasi? Atau lagi dahsyat - tiada calon pasangan? Sabar je lah sekejap, ada pasangan best menunggu di syurga nanti.


Maka tidak berlawanan pun pandangan hidup mengingati mati, dengan keperluan untuk hidup ceria dan bahagia. Kita tak perlu bersedih atau menangis-nangis mengingati bahawa kita akan mati. Kita boleh saja tenang dan bergembira mengingatinya.


Yang kita perlu takut dan menangis itu adalah mengingati dosa dan kelemahan kita. Namun itu topik untuk lain hari.


Jom kita ajar diri kita untuk biasa mengingatkan diri kita, sekurang-kurangnya 70 kali sehari, bahawa kita akan mati. Dalam bahasa Arab 70 bukanlah bermakna 70 secara tepat kiraan, tetapi juga ia bermakna sangat banyak.


Orang yang paling bijak adalah yang mengingati mati.


Umar al Khattab berkata: Bersama sepuluh orang, aku menemui Nabi SAW lalu salah seorang di antara kami bertanya, 'Siapa orang paling cerdas dan mulia wahai Rasulullah?' Nabi menjawab, 'Orang yang paling banyak mengingat kematian dan paling siap menghadapinya, mereka itulah orang yang cerdas, mereka pergi dengan membawa kemuliaan dunia dan kehormatan akhirat'.''


Hadith riwayat Ibnu Majah.


10 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page