top of page
Search

INDAHNYA PERKAHWINAN


Anak lelaki saya baru pertama kali berkenalan dengan seorang wanita, dan sedang memikirkan ke arah perkahwinan. Antara kerisauan yang dialaminya adalah kurang yakin melangkah. Katanya kerana melihat apa yang berlaku kepada saya, yakni perceraian selepas perkahwinan yang lama tempohnya.


Jawab saya, bukankah sepatutnya Umi ini seperti penyokong kepada perkahwinan? Walaupun gagal dalam perkahwinan, masih memilih untuk mencuba lagi. Jadi, pasti ada sesuatu yang bagus mengenai perkahwinan jika Umi masih suka berusaha mencuba. Bagi saya, (seperti yang diajar oleh guru tafsir Quran saya) penceraian bukan bererti gagal dalam perkahwinan. Ia hanya bererti Allah sudah zahirkan takdirnya tamat tempoh jodoh. Gagal atau jayanya kita dalam perkahwinan adalah berapa tepat kita mematuhi garis panduan syariat, semasa mengusahakan perkahwinan, semasa melayari perkahwinan, dan juga semasa menangani garis penamat perkahwinan andai ditakdirkan begitu.


Kenapa saya begitu sukakan perkahwinan? Kerana ia adalah institusi ciptaan Allah yang memudahkan hidup kita, memenuhi keperluan sosial kita, dan bantuan dari Allah untuk mendapat pahala besar dengan begitu mudah dan juga untuk enjoyment.


Dalam perkahwinan, hubungan seksual bermakna dapat enjoyment dan dapat pahala. Makan bersama bermakna dapat enjoy dan dapat pahala. Mempunyai anak juga bermakna dapat enjoy dan dapat pahala. Bahagian yang kurang enjoy juga, masih merupakan lubuk pahala. Letih jaga anak, dapat pahala. Berkonflik dan perlu bersabar pun dapat pahala. Berdepan dengan kelemahan pasangan juga peluang bersabar dan juga dapat pahala.


Tapi, bukankah perkahwinan juga lubuk dosa? Menengking suami, dapat dosa. Suami tak beri nafkah mencukupi, suami dapat dosa. Isteri masam muka kepada suami, isteri dapat dosa. Isteri buat dosa tapi suami tak tegur, suami dapat dosa.


Jangan risau anakku dan sahabat-sahabatku. Allah Maha luas rahmatnya. Dosa itu tidak semestinya dibawa pulang ke akhirat. Bersalaman dan mohonlah maaf. Bila pasangan memaafkan, maka hapuslah dosa. Mohon ampun dengan Allah, hapus dosa. Kiss & make up. Dapat pahala pula bila dah make-up dan berbaik semula, dan bila lanjut ke hubungan intim selepas tu, dapat enjoyment dan dapat pahala lagi.


Jadi, wahai orang bujang. Nak kahwin ke tak?


Dengan sikap dan padangan yang betul, orang tua-tua pun nak kahwin :)

Anak saya bertanya lagi, apa yang patut dibincangkan dalam tempoh berkenalan?


Anda berminat untuk tahu apa perkara yang perlu dibincangkan? InsyaAllah kita sambung cerita ini di lain lembaran ya.

5 views0 comments

Comments


bottom of page